Thursday, 16 August 2012

Adab-adab Ketika Menyambut Hari Raya


SALAM..

Lbh kurang 3 hari je lg kite akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dikesempatan ni ila nk share sedikit ilmu yg ila dpt dr email pg ni.

Adab-adab ketika menyambut hari raya:


1.       Disunatkan mandi dan memakai pakaian yang paling baru dan cantik

§  Dari Hassan As Siibth telah berkata : “Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami pada kedua-dua hari raya supaya kami memakai pakaian yang paling elok daripada simpanan kami.”

§  Waktu disunatkan mandi idul Fitri bermula pada malam raya sehingga keluar ke masjid hendak menunaikan solat raya

§  Disunatkan juga memotong kuku dan memakai bau-bauan

2.       Disunatkan makan terlebih dahulu sebelum keluar menunaikan solat sunat idul Fitri

§  Anas meriwayatkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w tidak keluar (ke masjid) pada idul Fitri kecuali Baginda memakan beberapa biji buah tamar dengan bilangan ganjil (3 atau 5 atau 7 biji) Riwayat Bukhari dan Ahmad

3.       Amat digalakkan supaya semua keluar ke masjid samada perempuan, lelaki dan kanak-kanak.

4.       Berlainan jalan

§  Dari Abu Hurairah r.a : “Adalah Rasulullah s.a.w apabila Baginda keluar pada hari raya maka Baginda akan pulang melalui jalan yang lain.”

5.       Disunatkan bertakbir

§  Waktu takbir pada hari raya idul Fitri, bermula malam raya sehingga imam sembahyang raya.

§  Disunatkan bertakbir dengan suara yang nyaring samada di masjid, rumah dan di mana-mana sahaja.

6.       Cara solat raya

§  Niat ( sahaja aku sembahyang sunat hari raya fitr dua rakaat kerana Allah Taala)

§  Takbir pada rakaat pertama sebanyak 7 kali selepas membaca doa iftitah dan sebelum membaca al Fatihah

§  Takbir pada rakaat kedua sebayak 5 kali selain dari takbir  qiyam (bangkit dari sujud) dan rukuk

§  Hendaklah diselangi di antara tabir dengan bacaan tasbih


7.       Disunatkan mengucap tahniah

Dari Jabir bin Nufair : “Adalah sahabat-sahabat Nabi s.a.w apabila mereka berjumpa pada hari raya mereka mengucap tahniah di antara mereka dengan ucapan TAQABBALA MIN NA WA MIN KA  {semuga diterima amalan kami dan amalan kamu}


#Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
#Hati-hati dijalan raya

No comments:

Post a Comment